Wednesday, September 11, 2013

Kolaborasi hangat RE&RJ


Asalnya, niat pelakon dan penyanyi popular era 1980-an, Raja Ema Raja Ibrahim (RE) kembali muncul ke persada seni tanah air sekadar untuk suka-suka dan mengisi masa terluang.
Tanpa disangka-sangka susulan kemunculannya sebagai penghias muka depan sebuah majalah wanita hujung tahun lalu, Raja Ema menjadi buruan penggiat industri. Namanya kembali meraih perhatian umum dan menjadi sebutan peminat.
Bertitik-tolak daripada peluang kedua itu, penyanyi yang popular dengan lagu Jejaka Idaman ini bertekad untuk memanfaatkan kesempatan diperoleh itu untuk bergiat aktif semula.

Lembaran 2013 bagai satu perjalanan indah dan bermakna buat ibu tunggal ini. Raja Ema sendiri mengakui kenyataan itu ketika memenuhi sesi fotografi bersama RAP, minggu lalu.
Foto

“Alhamdulillah, dalam fikiran saya, peluang memasuki semula bidang seni perlu digunakan sebaik mungkin. Pendek kata, saya aktif kembali dalam nyanyian dan lakonan bukan untuk main-main atau sambil lewa.

'Bertudung tak boleh kerja sini'


Kuala Lumpur: Amat mengecewakan apabila wanita Melayu yang memakai tudung menjadi mangsa diskriminasi untuk diterima bekerja oleh segelintir majikan swasta di negara ini yang mendaulatkan Islam sebagai agama rasmi.
Isu ini menjadi topik hangat dalam kalangan pengguna Internet selepas seorang pengguna Facebook (FB) dikenali sebagai Mira Kamil memuat naik status kekecewaannya selepas berulang kali permohonan kerjanya di sebuah butik ternama di sini, ditolak atas alasan dia bertudung.
Mira Kamil yang pernah menuntut di United Kingdom selama empat tahun dan sedang mencari kerja sementara memuat naik status itu di laman Facebook pada 1.59 petang Isnin lalu yang dikongsi hampir 8,500 pengguna Facebook.

“Kita memang nak pakai orang, tapi tak nak yang bertudung” dan “sorry, pakai tudung tak boleh kerja sini.” Itu antara kata-kata diterima Mira.
Foto
WARTAWAN Harian Metro melakukan penyamaran di salah satu pusat beli-belah terkemuka di ibu negara.

Bagi mendapatkan kepastian dakwaan Mira, wartawan Harian Metro melakukan penyamaran dengan memohon kerja di beberapa premis berkenaan.

Universal Pictures pasarkan Vikingdom


FILEM termahal dalam sejarah industri perfileman tempatan, Vikingdom, akhirnya muncul. Tayangan perdana filem yang menelan bajet RM20 juta itu sudah berlangsung di TGV Sunway Pyramid, Subang Jaya, malam tadi sebagai ‘amaran awal’ filem berkualiti antarabangsa itu bakal menggegarkan 80 buah pawagam di seluruh Malaysia bermula esok.
Malah, lebih membanggakan ia juga filem tempatan pertama yang berjaya memasuki pawagam di Amerika Syarikat (AS) bermula 4 Oktober nanti.
Sejarah lain bakal tercipta lagi kerana sesudah tayangan di AS, kehangatan Vikingdom akan terus menular pula ke pawagam serata dunia bermula dari pertengahan Oktober ini.

Kini, syarikat perfileman terkenal, Universal Pictures sudah setuju mengedarkan Vikingdom ke beberapa negara luar termasuk United Kingdom (UK), Australia, Sweden, Denmark serta Brazil.
Foto
“Ia adalah sebuah filem fantasi berdasarkan saga (cerita rakyat) orang-orang Viking dan mitologi Norse. Watak dan lokasi dalam filem ini diilhamkan daripada watak-watak mitos, tempat-tempat mahupun tokoh sejarah mereka. Walau bagaimanapun ceritanya tiada kaitan dengan mana-mana cerita yang pernah kita tonton, dengar atau baca sebelum ini. Saya juga menjadikan Thor (Dewa Petir kepercayaan orang-orang Viking) sebagai watak antagonis.

'Mandarem' tahi hidung


Ipoh: Pengalaman pahit menjadi mangsa ‘manderem’ atau jampi serapah orang gaji sendiri, menyebabkan seorang wanita serik untuk mendapatkan khidmat amah warga asing, khususnya dari Indonesia.
Dia yang mahu dikenali sebagai Zabedah, 38, dari Tambun, di sini, berkata, tak pernah diduganya amah yang dibayar RM650 sebulan tergamak mengenakan ilmu hitam terhadap dia dan keluarga.
“Lebih menyakitkan hati dia menggunakan bahan kotor, antaranya daki dan tahi hidung yang dimasukkan ke dalam makanan yang dimasaknya bertujuan `menundukkan’ kami.

“Sebelum itu, saya menemui satu bekas merah mengandungi kertas azimat, cincin dan minyak wangi di dalam beg pakaiannya,” katanya kepada Harian Metro.
ZABEDAH memegang azimat dan minyak wangi yang digunakan Su.

Zabedah yang juga pengurus restoran berkata, perbuatan jijik itu diakui sendiri pembantu rumahnya itu yang dipanggil, Su, 34, selepas dia mengugut mahu menyerahkan wanita itu kepada polis.


Sindiket curi kereta mewah tumpas


BALIK PULAU: `Op Estima’ polis Pulau Pinang di negeri ini dan Kedah berjaya menumpaskan satu sindiket mencuri kenderaan dengan penemuan 11 kereta mewah dan sebuah motosikal yang bernilai lebih RM1 juta.
Dalam operasi itu, polis merampas lima Mercedes, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Velfire, sebuah Estima, sebuah Toyota Vios, sebuah Nissan Skyline, dua Proton Perdana dan sebuah motosikal jenama KTM Duke.
Selain itu, polis turut merampas nombor pendaftaran asal kereta yang dicuri itu dan 52 geran.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, sindiket itu dibongkar berikutan penahan seorang lelaki pertengahan Ogos lalu sebelum melakukan beberapa serbuan di sekitar negeri ini serta Kedah dan menahan 10 individu termasuk dalang sindiket.
BARANG kes termasuk kunci kereta yang dirampas

"Kita berjaya menahan seorang lelaki yang juga dalang dan dua lagi rakannya yang dipercayai pakar mencuri kenderaan itu manakala selebihnya adalah pembeli kereta mewah berkenaan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya, semalam.

Menurutnya, polis juga sedang memburu dua lelaki yang berusia 29 dan 45 tahun dipercayai orang tengah yang menguruskan jual beli kenderaan mewah itu.

Menurutnya, semua individu yang ditahan itu berusia lingkungan 21 hingga 45 tahun dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 379 A (1) Kanun Keseksaan dan Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil.