Wednesday, September 11, 2013

Universal Pictures pasarkan Vikingdom


FILEM termahal dalam sejarah industri perfileman tempatan, Vikingdom, akhirnya muncul. Tayangan perdana filem yang menelan bajet RM20 juta itu sudah berlangsung di TGV Sunway Pyramid, Subang Jaya, malam tadi sebagai ‘amaran awal’ filem berkualiti antarabangsa itu bakal menggegarkan 80 buah pawagam di seluruh Malaysia bermula esok.
Malah, lebih membanggakan ia juga filem tempatan pertama yang berjaya memasuki pawagam di Amerika Syarikat (AS) bermula 4 Oktober nanti.
Sejarah lain bakal tercipta lagi kerana sesudah tayangan di AS, kehangatan Vikingdom akan terus menular pula ke pawagam serata dunia bermula dari pertengahan Oktober ini.

Kini, syarikat perfileman terkenal, Universal Pictures sudah setuju mengedarkan Vikingdom ke beberapa negara luar termasuk United Kingdom (UK), Australia, Sweden, Denmark serta Brazil.
Foto
“Ia adalah sebuah filem fantasi berdasarkan saga (cerita rakyat) orang-orang Viking dan mitologi Norse. Watak dan lokasi dalam filem ini diilhamkan daripada watak-watak mitos, tempat-tempat mahupun tokoh sejarah mereka. Walau bagaimanapun ceritanya tiada kaitan dengan mana-mana cerita yang pernah kita tonton, dengar atau baca sebelum ini. Saya juga menjadikan Thor (Dewa Petir kepercayaan orang-orang Viking) sebagai watak antagonis.

No comments:

Post a Comment