BALIK PULAU: `Op Estima’ polis Pulau Pinang di negeri ini dan Kedah berjaya menumpaskan satu sindiket mencuri kenderaan dengan penemuan 11 kereta mewah dan sebuah motosikal yang bernilai lebih RM1 juta.
Dalam operasi itu, polis merampas lima Mercedes, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Velfire, sebuah Estima, sebuah Toyota Vios, sebuah Nissan Skyline, dua Proton Perdana dan sebuah motosikal jenama KTM Duke.
Selain itu, polis turut merampas nombor pendaftaran asal kereta yang dicuri itu dan 52 geran.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, sindiket itu dibongkar berikutan penahan seorang lelaki pertengahan Ogos lalu sebelum melakukan beberapa serbuan di sekitar negeri ini serta Kedah dan menahan 10 individu termasuk dalang sindiket.

BARANG kes termasuk kunci kereta yang dirampas
"Kita berjaya menahan seorang lelaki yang juga dalang dan dua lagi rakannya yang dipercayai pakar mencuri kenderaan itu manakala selebihnya adalah pembeli kereta mewah berkenaan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya, semalam.
Menurutnya, polis juga sedang memburu dua lelaki yang berusia 29 dan 45 tahun dipercayai orang tengah yang menguruskan jual beli kenderaan mewah itu.
Menurutnya, semua individu yang ditahan itu berusia lingkungan 21 hingga 45 tahun dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 379 A (1) Kanun Keseksaan dan Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil.
No comments:
Post a Comment